About Me

Facebook

Followers

K.A.M.I

K.A.M.I

Alam Percintaan

Alam Percintaan

Alam Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Nur Safiyah Hana

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Zarif Rani

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

10 July 2009

Renungan di hari Jumaat...

Aku just nk share ngan korang satu coretan yg agak puitis, nk kata puisi bkn!! Aku pon tak tahu nk title kannya sbg apa?? whatever lah …ermm aku dpt coretan ni dr seorang kawan. Aku pon tak tahu dr mana dia copy @ memang nurkilan dr dia. Itu semua tak penting tp yg paling penting dgn coretan ni ler membuatkan aku byk berfikir tetang kehidupan …tp tak tahu lah kalu korg baca nnt tafsiran mcm mana lak??????...oklah

selamat membaca…!!

*_____________________*

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul, supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik peemberian tersebut….


Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup iu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita…


Kawan yang paling baik ialah seorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami....


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang…


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah bererti yang mereka akan menyintai anda kembali?Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda...
Ianya cuma mengambil masa seminit untuk jatuh cinta pada seseorang.
Satu jam untuk menyukai seseorang. Satu hari untuk menyintai seseorang. Tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram...


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan, apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik.
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat.
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan.
Harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagian seseorang manusia tidak semestinya dalam segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagian terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan….


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kecewaan masa silam…


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tesenyum. Teruskan hidup anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis…


~end~

4 comments:

cipan said...

last quote tu....mati dalam iman la namanya...

~Pn.Ct.Noraazillah~ said...

yerlah kalu org menangis bile kita tiada nnt maknanya kita disenangi ketika diatas dunia,tp kalu kita jahat sure takder org nk tangisinya..huhu...

::nagee akak dh terima kad wazir, insyaallah akak pegi..hehe

Azzy Cherry said...

kak ilah..kalu g wazir nyer wedding..nk tumpang, ader space lg ker?

~Pn.Ct.Noraazillah~ said...

okies ejun, pepehal kak ilah bgtahu ok..