Assalamualaikum semua...hampir 2 minggu tak update blog, dlm tempoh tersebut byk perkara yg kami sekeluarga lalui. Ada yg gumbira, ada yg menyedihkan.... Yg gembira kami celebrate besday hubby kt cameron highlands ,besh sgt dpt makan strawberry..hehe. Nnt aku story utk next entry, tp kali ni aku nk share berita yg menyedihkan yg kami sekeluarga terima...
Pada 18.04.2010- ahad lps kami telah dikejutkan dgn berita kematian abg my hubby.. Pada jam 10.o5pg hubby menerima panggilan dr adiknya, pd ketika itu aku tgh mandikan hana...Perasaan ketika itu terkejut, terdiam, tidak percaya...hanya Allah saja yg tahu. Lagipon arwah seorang yg sihat,tidak mengalami sebarang penyakit, masih muda..tp apakan daya ajalnya sudah tiba. Kami terus mengemas pakaian untuk pulang ke kampung... Hubby plak isnin dh kena sign-on,buntu... Tp yg penting kami mesti balik ke kedah dgn segera. Hubby call opis utk tangguh seminggu tp tak dpt, hanya dpt sehari shj. Patutlah hubby asyik delay utk naik kapal sebelum nih rupanya ada hikmah sebalik kejadian. Atleast hubby dpt jumpa jugak abang dia buat kali terakhirnya. Andainya dia belayar tempohari sudah pasti dia tak berpeluang sbb kapal tu ke Taiwan@China. Kami bertolak kul 11.30pg, hubby memecut agak laju. Sewaktu dalam kereta Hana tidak buas seperti biasa, diam sambil tgk tv. Seakan memahami apa yg sedang terjadi. Arwah akan di 'simpan' jam 5ptg selepas solat Asar. Kali terakhir kami jumpa arwah pada bulan 1, masa hubby blk kg mula2 dia turun kapal. Time tu Hana masih lagi sessi suai kenal sbb tak pernah jupe arwah sblm nih. Arwah suka budak2 tp hana takmo ngan dia. Cuma last arwah nk blk penang, kami hantar depan pintu. Hana baru mau bile arwah ajak hana naik motorbike nya. Selepas itu, kami tak berpeluang utk jumpa dgnnya walaupon banyak kali jugak kami blk ke kedah. Arwah ahli Kulim Bikers Club so selalu ler arwah join konvoi motor2 besar nih.. Akhirnya kami sampi kekampung kul 3.30 ptg...
Sesampai di kampung, barulah kepercayaan terhadap kematiannya makin terasa bile terpacaknya kehmah dilaman rumah, di tepi jalan di penuhi kereta, org ramai berkumpul, van jenazah dh ada depan rumah...Semua menunggu kepulangan kami. Kami ahli keluarga yg terakhir sampai sbb adik-beradik yg lain semua kt penang. Hubby masuk ke pekarangan halaman rumah, jantung makin berdegup makin laju. Airmata aku mula mengalir. Aku lihat hubby mula bergenang airmata. Inilah kali pertama aku melihat dia menitiskan airmata semenjak aku kenal dia 10 thn dulu. Tp still dia tahan, tp dlm hatinya aku tak tahu betapa sebaknya dia. Kami turun dr kereta, terus menuju ke tempat arwah ' berehat'. Dikala itu kami disambut oleh kakak hubby yg terus memeluk adiknya. Hubby hanya dpt menenangkan kakaknya yg dlm kesedihan. Bile aku melangkah masuk terlihatnya tirai, airmataku makin laju membasahi pipi. Disebalik tirai itu, terbaringnya kaku sebujur tubuh. Aku terus terduduk & menangis. Ya Allah, beratnya dugaan yang Engkau berikan kpd kami. Aku tidak dapat terima sbb arwah masih muda meninggal diusia 35thn, masih solo, tidak ada anak..Tp inilah penjanjian Allah kpd hambanya, setiap yg hidup pasti akan mati.
Selepas itu, jam 4ptg arwah disiapkan utk dimandikan. Masa tuh hubby bertungkus lumus menguruskannya bersama adik-beradik yg lain. Alhamdulilah dapat jugak hubby uruskan arwah. Drpd citer mak mentua aku.... pd jam 9pg, arwah masuk bilik air. Agak lama lah jugak dia kt dalam tak keluar2 masa tuh ayah mentua aku pon nk mandi. Tunggu punya tggu ayah mentua panggil, tp takder sahutan. Masa tuh dia dh rasa pelik, then suruh adik bongsu panjat dari atas. Bile dia lihat arwah sudah terbaring. Bile di check nadi, arwah sudah tiada...begitu pantas dia diambil. Then doktor datang sahkan memang arwah dh meninggal dunia. Punca kematian kemungkinan arwah kena heart attack- degupan jantung berhenti seketika. Sekiranya sempat diberi bantuan kecemasan kemungkinan arwah masih hidup tp ajalnya sudah tiba. Kita dh tak boleh menolaknya walau seminit. Arwah seakan mengetahui kematiannya, dia pulang kerumah mak&ayah utk menghembuskan nafas terakhirnya disana....
Lebih kurang jam 4.30 ptg kami adik-beradik dipanggil utk memberi penghormatan terakhir. Ya Allah, lepas nih arwah tidak lagi bersama kami..Aku lihat sorg demi sorg mengucupnya, smpi lah turn hubby.. Mereka seakan tidak mahu lepaskan arwah pergi. Selesai sudah upacara, ustaz mula siapkan utk menutup wajah arwah. Diketika itu, aku dh tak dpt menahan tangisan, aku teresak2..Hana di atas dukung, ku peluk sekuatnya..dia hanya memandang tanpa mengerti apa yg terjadi...Selepas ni hana dh tak dpt nk melihat wajah & bermain ngan 'Pak Ngah' lg... Arwah dimasukkan kedalam keranda dan akan dibawa dengan van jenazah utk ke masjid utk disembahyangkan. Tempat persemadian arwah disebelah masjid. Dikubur, lubang sudah siap digali. Dengan perlahan arwah diturunkan & di talkin kan. Setelah selesai semua hujan mula turun dgn lebatnya. Alhamdulilah urusan persemadian arwah sempurna tanpa ada halangan...
Ya, Allah disaat itu barulah aku sedar betapa keciknya aku disisiNya..Aku terlalu leka dengan keseronokan di dunia. Aku sepatutnya ke dunia ini untuk menunaikan kewajipan aku sebagai hambaNya.. Sekiranya maut datang menjemputku, cukupkah amalan utk aku bawa...!!!!!
Keesokkan harinya aku terpaksa pulang ke Kajang sbb hubby dh nk kena sign-on pada ari Selasa. Kalu diikutkan hati hubby memang berat nk pergi tp apakan daya kali ni dia tak blh postpone lg sbb kapal dh nk keluar dr port klang.. Ayahnya mengizikan dia pergi, kata ayah 'kita yang hidup mesti meneruskan kehidupan..' Tp setiap pagi, tghari, ptg hubby ghaib ntah kemana, rupanya dia pergi membaca yasin dikubur abangnya...Hubby sempat berpesan kt abg iparnya ' kalu hang ada masa pergilah melawat abang, kesian dia sorg kt 'sana'. Bacakan yasin & bersihkan kuburnya..' Kini hubby memikul tanggungjawab yg dipikul oleh arwah, hubby dh jd anak lelaki sulung selepas arwah tiada... Arwah seorang yg menjaga kebajikan utk ibubapa & adik-adiknya. Dia seorang perahsia, susah nk tahu kesusahannya. Hubungan dgn kekawan pon baik, sampaikan kawannya ada yg menangis dihari kematiannya.....Yang amat menyedihkan arwah meninggal 3 hari selepas besdaynya, maknanya dia meninggal dibulan kelahirannya. Ditakdirkan mati sehari sebelum hubby sign-on, seakan ia telah diaturkan. Hebatnnya kuasaMu, Ya Allah..
Kami sekeluarga mengucapkan terima kasihyang tidak terhingga kpd saudara-mara, Kulim Bikers Club, Staf-staf Elken branch Penang & juga penduduk kampung yg datang melawat 'arwah' buat kali terakhir.... Aku memohon agar kawan2 semua dapatlah sedekahkan al-fatihah & doakan semoga roh arwah Rafizam bin Rani ditempatkan di dalam golongan org yang beriman..AMIN...
~Al-Fatihah~
Tinggallah ia sendirian....